Hadith Pilihan (Pemimpin Jangan Pentingkan Diri)



Rasulullah SAW bersabda : "Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu". Para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah yang engkau hendak perintah dalam kalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu?" Baginda SAW menjawab : "Hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada ALLAH segala hak-hak yang kamu perlukan".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)





Sunday 29 March 2015

SAMBUTAN HARI LAHIR AYAHANDA TERCINTA

ISNIN-23 MAC 2015

SAMBUTAN HARI LAHIR AYAHANDA TERCINTA DIADAKAN DENGAN GILANG-GEMILANG..SAMBUTAN BERJALAN SEPERTI MANA YANG TELAH DIRANCANG..
TERDAPAT BEBERAPA GAMBAR SAMBUTAN HARI LAHIR TERSEBUT HOPE U ALL ENJOY














AYAHANDA MENYAMBUT HARI LAHIR BERSAMA PELAJAR-PELAJAR YANG LAHIR PADA HARI YANG BERIKUT




Saturday 21 March 2015

Anak Soleh


Pada era globalisasi kini anak-anak muda tidak menghormati orang tua mereka.Mereka selalunya mementingkan rakan-rakan mereka.Mereka juga sering menderhakai ibu bapa mereka.Banyak kes yang melibatkan anak muda dengan orang tua mereka dan salah satunya adalah anak membunuh ibunya kerana smartphone.

Sebagai seorang pelajar kita seharuslah menerapkan sikap menghormati ibu bapa.Disebabkan itu KPM telah memasukkan pelajaran akhlak dlam pelajaran pendidikan islam,sivik dan juga pendidikan moral.Dengan itu murid-murid dapat menerapkan sikap akhlak di dalam diri

Selain itu,sebagai seorang pelajar,kita juga hendaklah pandai memilah rakan yang boleh memimpin kita ke jalan yang benar.Dengan itu,kita dapat menjauhkan diri daripada masalah sosial dikalangan anak muda

Di samping itu,terdapat pelbagai cara untuk menjadikan kita menjadi anak yang soleh antaranya adalah melaksanakan suruhan ALLAH.Sekiranya suruhan ALLAH dapat dilaksanakan in syaa ALLAH kita akan menjadi anak yang soleh.Selain itu kita hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa kita yang hidup atau yang telah meninggal dunia kerana doa anak yang soleh adalah mujarab.

Akhir sekali,sebagai seorang anak kita hendaklah mengejar cita-cita untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.Selain itu, kita juga perlu menghindarkan diri daripada masalah sosial anak-anak muda zaman kini.
Sekian, terima kasih