Hadith Pilihan (Pemimpin Jangan Pentingkan Diri)



Rasulullah SAW bersabda : "Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu". Para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah yang engkau hendak perintah dalam kalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu?" Baginda SAW menjawab : "Hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada ALLAH segala hak-hak yang kamu perlukan".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)





Wednesday 16 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Assalamu'alaikum WBT

Pada bulan Mei, tidak banyak aktiviti yang dijalankan kerana para pelajar sedang menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Walau bagaimanapun, pada tanggal 16 Mei 2012 bersamaan hari Rabu, SAMT Sultan Hisamuddin telah menganjurkan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan ini telah diuruskan sepenuhnya oleh Badan Pengawas Sekolah dan Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM). Pihak pengawas dan PERTINAM telah merancang pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari tersebut.
Para pengawas lelaki
Para pengawas perempuan
Sambutan ini dimulakan tepat jam 7.40 pagi. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di Surau Al-Khalili untuk bersama-sama menunaikan Solat Hajat dan membaca surah Yaasiin. Kemudian, semua pelajar dibenarkan rehat sehingga jam 9.00 pagi. Seterusnya, semua pelajar bebas bergerak ke premis-premis yang telah ditetapkan untuk melihat aktiviti-aktiviti 'outdoor' dan 'indoor' yang disertai oleh para guru.

Antara aktiviti 'outdoor' yang dijalankan ialah sukaneka, terompah gergasi, mumia comel, basikal lambat, gubahan bunga, kupas kulit buah dan rebut kerusi. Semua guru memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat memberangsangkan.
Acara Mumia Comel
Pemandangan sukaneka dari tingkat atas
Acara Terompah Gergasi
Acara Sukaneka
Acara Lari Bawa Bola Ping Pong
Tepat jam 11.30 pagi, semua guru diiringi oleh para pengawas masuk ke dalam Dewan Al-Bukhari. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada Ketua Umum SAMT Sultan Hisamuddin, saudara Zamanhuri bin Shahtir. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil Yang Dipertua PIBG, Encik Misswadi diikuti dengan ucapan oleh Puan Pengetua, Puan Khairiah binti Sujud.

Ucapan perasmian bermula apabila pihak Majlis Tertinggi Pengawas masuk ke dalam dewan dengan membawa dua biji kek. Puan Pengetua telah menggunting reben dan melepaskan banner serta belon serentak. Pada masa yang sama juga, terdapat bunyi letupan sebagai simbolik bagi perasmian tersebut. Selepas perasmian disempurnakan, semua guru dijemput naik ke atas pentas untuk menyanyikan lagu tema hari guru dan membaca ikrar.

Majlis Tertinggi Pengawas
Puan Pengetua merasmikan Sambutan Hari Guru
Kemesraan para guru



Nyanyian lagu 'Kami guru Malaysia'
Bersempena dengan Sambutan Hari Guru ini juga, terdapat empat orang guru telah dipilih untuk menerima anugerah khas hasil undian para pelajar.
Anugerah 'Guru Dedikasi' - Puan Norazah binti Mohd Yassin
Anugerah 'Guru Inovatif' - Puan Noor Asyikin binti Ansor
Anugerah 'Guru Penyayang' - Puan Shamsiah 
dan anugerah 'Guru Perihatin' - Puan Ummu Hani.binti Sallehuddin

Sambutan ini diserikan lagi dengan persembahan khas daripada para pelajar Tingkatan Lima lelaki dan perempuan. Kemudian, semua ketua kelas diberi peluang mewakili pelajar kelas masing-masing untuk memberikan hadiah kepada guru pilihan mereka. 'Slide Show' daripada para pengawas juga telah ditayangkan.

Persembahan dikir barat
Persembahan pelajar Tingkatan 5
 
Persembahan Silat





Video yang direka khas oleh Amirul Syafiq dan Muhammad Fawwaz,
mewakili Badan Pengawas Sekolah

Secara keseluruhannya, sambutan Hari guru ini berjalan dengan lancar. Pihak kami berasa amat bersyukur kerana dengan izin ALLAH, sambutan ini berjalan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kesulitan sebelum menjalankan sambutan ini. Kami berharap agar sambutan pada tahun hadapan akan lebih meriah.

 "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Sunday 13 May 2012

Lawatan Polis ke SAMTSH

Assalamu'alaikum WBT

Pada tanggal 20 April 2012 bersamaan hari Jumaat, seramai 12 orang anggota polis telah mengadakan lawatan ke SAMT Sultan Hisamuddin, Kg Jawa. Lawatan ini bertujuan memberikan penerangan kepada para pelajar tentang bahayanya jenayah. Selain itu, para pelajar diberi kata-kata semangat untuk bersama membenci dan memerangi jenayah terutamanya penyalahgunaan dadah yang amat merbahaya.


 Ucapan oleh Puan Khairiah binti Sujud (Pengetua SAMTSH)
Barisan pelajar-pelajar lelaki
 Barisan pelajar-pelajar perempuan
Barisan pelajar-pelajar Tingkatan Enam (berbaju hijau)

Persembahan Musamarah (Choral Speaking versi Bahasa Arab)
Selepas perhimpunan tamat, pihak polis dan para pentadbir sekolah serta para pengawas telah bergambar bersama sebagai tanda kenangan.

Pegawai-pegawai polis
Pengawas-pengawas perempuan

Pengawas-pengawas lelaki
Selepas itu, pihak polis telah dibahagikan kepada empat kumpulan untuk melawat kawasan sekolah dan asrama. Mereka telah melawat kawasasan sekolah Blok A (Kumpulan 1), Blok B (Kumpulan 2), kawasan kantin, dewan dan tempat meletak kenderaan (Kumpulan 3), serta kawasan asrama dan blok Tingkatan 6 (Kumpulan 4). Lawatan pihak polis telah diiringi oleh guru-guru disiplin dan para pengawas .

Lawatan ke kelas Tingkatan Enam
Sesi penerangan oleh pegawai polis
"Jenayah menghancurkan bangsa"