Hadith Pilihan (Pemimpin Jangan Pentingkan Diri)



Rasulullah SAW bersabda : "Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu". Para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah yang engkau hendak perintah dalam kalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu?" Baginda SAW menjawab : "Hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada ALLAH segala hak-hak yang kamu perlukan".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)





Friday 6 July 2012

Hari Sukan SAMTSH 2012

Assalamu'alaikum WBT

Pada tanggal 29 & 30 Jun 2012, Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kejohanan Olahraga peringkat sekolah tahun 2012. Kejohanan ini merupakan kejohanan tahunan. Mengikut perancangan, kejohanan ini sepatutnya bermula pada 27 Jun iaitu pada hari Rabu. Namun, masalah cuaca menyebabkan kejohanan ini terpaksa dimulakan lewat iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu. Berikut adalah gambar-gambar tentang Kejohanan Olahraga SAMTSH 2012 atau lebih dikenali sebagai Hari Sukan SAMTSH 2012.

Banner rasmi Hari Sukan SAMTSH 2012

Persediaan sebelum acara perbarisan rumah sukan (firqah)
Maskot rumah hijau (Firqah Ibnu Khaldun)
Jerung - Tema rumah biru (Firqah Ibnu Rushd)
Rumah kuning (Firqah Ibnu Batutah) dengan jersey Malaysia mereka
Rumah merah (Firqah Ibnu Razzi) bertemakan Zorro (SuperRazzi)
Guru-guru yang bertugas dalam acara balapan
Para penyokong rumah sukan
Antara yang tercedera
Gerai PERTINAM yang turut dibantu oleh Pengawas Tingkatan 6
Keputusan Rasmi Kejohanan Olahraga SAMTSH 2012 :
1. Ibnu Rushd (1029 mata)
2. Ibnu Khaldun (1018 mata)
3. Ibnu Batuttah (1016 mata)
4. Ibnu Razzi (911 mata)

"Kecemerlangan Sukan Menjana Keperibadian Unggul"

Wednesday 16 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Assalamu'alaikum WBT

Pada bulan Mei, tidak banyak aktiviti yang dijalankan kerana para pelajar sedang menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Walau bagaimanapun, pada tanggal 16 Mei 2012 bersamaan hari Rabu, SAMT Sultan Hisamuddin telah menganjurkan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan ini telah diuruskan sepenuhnya oleh Badan Pengawas Sekolah dan Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM). Pihak pengawas dan PERTINAM telah merancang pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari tersebut.
Para pengawas lelaki
Para pengawas perempuan
Sambutan ini dimulakan tepat jam 7.40 pagi. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di Surau Al-Khalili untuk bersama-sama menunaikan Solat Hajat dan membaca surah Yaasiin. Kemudian, semua pelajar dibenarkan rehat sehingga jam 9.00 pagi. Seterusnya, semua pelajar bebas bergerak ke premis-premis yang telah ditetapkan untuk melihat aktiviti-aktiviti 'outdoor' dan 'indoor' yang disertai oleh para guru.

Antara aktiviti 'outdoor' yang dijalankan ialah sukaneka, terompah gergasi, mumia comel, basikal lambat, gubahan bunga, kupas kulit buah dan rebut kerusi. Semua guru memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat memberangsangkan.
Acara Mumia Comel
Pemandangan sukaneka dari tingkat atas
Acara Terompah Gergasi
Acara Sukaneka
Acara Lari Bawa Bola Ping Pong
Tepat jam 11.30 pagi, semua guru diiringi oleh para pengawas masuk ke dalam Dewan Al-Bukhari. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada Ketua Umum SAMT Sultan Hisamuddin, saudara Zamanhuri bin Shahtir. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil Yang Dipertua PIBG, Encik Misswadi diikuti dengan ucapan oleh Puan Pengetua, Puan Khairiah binti Sujud.

Ucapan perasmian bermula apabila pihak Majlis Tertinggi Pengawas masuk ke dalam dewan dengan membawa dua biji kek. Puan Pengetua telah menggunting reben dan melepaskan banner serta belon serentak. Pada masa yang sama juga, terdapat bunyi letupan sebagai simbolik bagi perasmian tersebut. Selepas perasmian disempurnakan, semua guru dijemput naik ke atas pentas untuk menyanyikan lagu tema hari guru dan membaca ikrar.

Majlis Tertinggi Pengawas
Puan Pengetua merasmikan Sambutan Hari Guru
Kemesraan para guru



Nyanyian lagu 'Kami guru Malaysia'
Bersempena dengan Sambutan Hari Guru ini juga, terdapat empat orang guru telah dipilih untuk menerima anugerah khas hasil undian para pelajar.
Anugerah 'Guru Dedikasi' - Puan Norazah binti Mohd Yassin
Anugerah 'Guru Inovatif' - Puan Noor Asyikin binti Ansor
Anugerah 'Guru Penyayang' - Puan Shamsiah 
dan anugerah 'Guru Perihatin' - Puan Ummu Hani.binti Sallehuddin

Sambutan ini diserikan lagi dengan persembahan khas daripada para pelajar Tingkatan Lima lelaki dan perempuan. Kemudian, semua ketua kelas diberi peluang mewakili pelajar kelas masing-masing untuk memberikan hadiah kepada guru pilihan mereka. 'Slide Show' daripada para pengawas juga telah ditayangkan.

Persembahan dikir barat
Persembahan pelajar Tingkatan 5
 
Persembahan Silat





Video yang direka khas oleh Amirul Syafiq dan Muhammad Fawwaz,
mewakili Badan Pengawas Sekolah

Secara keseluruhannya, sambutan Hari guru ini berjalan dengan lancar. Pihak kami berasa amat bersyukur kerana dengan izin ALLAH, sambutan ini berjalan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kesulitan sebelum menjalankan sambutan ini. Kami berharap agar sambutan pada tahun hadapan akan lebih meriah.

 "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Sunday 13 May 2012

Lawatan Polis ke SAMTSH

Assalamu'alaikum WBT

Pada tanggal 20 April 2012 bersamaan hari Jumaat, seramai 12 orang anggota polis telah mengadakan lawatan ke SAMT Sultan Hisamuddin, Kg Jawa. Lawatan ini bertujuan memberikan penerangan kepada para pelajar tentang bahayanya jenayah. Selain itu, para pelajar diberi kata-kata semangat untuk bersama membenci dan memerangi jenayah terutamanya penyalahgunaan dadah yang amat merbahaya.


 Ucapan oleh Puan Khairiah binti Sujud (Pengetua SAMTSH)
Barisan pelajar-pelajar lelaki
 Barisan pelajar-pelajar perempuan
Barisan pelajar-pelajar Tingkatan Enam (berbaju hijau)

Persembahan Musamarah (Choral Speaking versi Bahasa Arab)
Selepas perhimpunan tamat, pihak polis dan para pentadbir sekolah serta para pengawas telah bergambar bersama sebagai tanda kenangan.

Pegawai-pegawai polis
Pengawas-pengawas perempuan

Pengawas-pengawas lelaki
Selepas itu, pihak polis telah dibahagikan kepada empat kumpulan untuk melawat kawasan sekolah dan asrama. Mereka telah melawat kawasasan sekolah Blok A (Kumpulan 1), Blok B (Kumpulan 2), kawasan kantin, dewan dan tempat meletak kenderaan (Kumpulan 3), serta kawasan asrama dan blok Tingkatan 6 (Kumpulan 4). Lawatan pihak polis telah diiringi oleh guru-guru disiplin dan para pengawas .

Lawatan ke kelas Tingkatan Enam
Sesi penerangan oleh pegawai polis
"Jenayah menghancurkan bangsa"

Sunday 26 February 2012

Kem Kepimpinan Pengawas dan PRS

Assalamu'alaikum WBT

Pada tanggal 24 dan 25 Februari 2012 yang lalu iaitu hari Jumaat dan Sabtu, Jawatankuasa Badan Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMT Sultan Hisamuddin telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pengawas dan PRS bagi tahun 2012. Kem ini dianjurkan bagi menggilap bakat kepimpinan dalam diri para pengawas dan PRS yang merangkumi pelajar Tingkatan 1-6 SAMTSH. Selain itu, para peserta juga diberi pengukuhan tentang ciri-ciri seorang pemimpin dalam usaha untuk melahirkan pemimpin yang berkaliber.


Hari Pertama
3.00 pm : Pendaftaran di Bilik Seminar
4.30 pm : Solat Asar
5.00 pm : Pembahagian kumpulan / kuiz oleh Cikgu Rafidah dan Cikgu Hasida
5.45 pm : LDK 1 - Si Butaku Sayang
6.30 pm : Makan malam / khidmat diri / pembahagian dorm
7.10 pm : Zikir / Solat Maghrib
7.40 pm : Tazkirah Maghrib oleh Ustaz Faiz
8.40 pm : Solat Isya'
9.30 pm : Komunikasi PAC oleh Cikgu Hasida
10.30 pm : Minum malam
11.00 pm : Mencari mimpi

Taklimat oleh Pn Rafidah

Sebelum LDK 1 "Si Butaku Sayang"

Kuiz umum

Si Butaku Sayang (lelaki)

Si Butaku Sayang (perempuan)

Tazkirah Maghrib oleh Ustaz Faiz

Hari Kedua
4.30 am : Bangun pagi / khidmat diri
5.00 am : Qiamullail
6.10 am : Solat Subuh
6.30 am : Tazkirah Subuh oleh Ustaz Hayye
7.10 am : Sarapan pagi / khidmat diri
8.30 am : Ceramah kepimpinan
10.00 am : Taklimat dan pembahagian aktiviti (flying fox/jungle trekking/dinamika/ikhtiar hidup)
10.30 am : Aktiviti flying fox, jungle trekking, ikhtiar hidup dan dinamika bermula
1.30 pm : Khidmat diri / Solat Zohor
3.00 pm : Makan tengahari
3.30 pm : Majlis Penutup Kem Kepimpinan Pengawas dan PRS 2012

Ceramah kepimpinan pengawas oleh Cikgu Surieyaliza

Perkongsian idea oleh Ketua Umum SAMTSH 2012

Flying fox

Ikhtiar hidup

 
Ikhtiar hidup

Dinamika

Majlis penutup

Kem ini berjalan dengan lancar. Diharapkan kepada para peserta agar menyerlahkan kepimpinan anda dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Seorang pelajar yang cemerlang selangkah menuju masa depan yang cerah namun seorang pemimpin selangkah menuju ke api neraka. Na'uzubillah. Konklusinya, jika anda telah menerima amanah sebagai seorang pemimpin, laksanakan amanah tersebut.

"Kepimpinan Cemerlang Aset Masyarakat Bebas daripada Dadah dan Rokok"

Sunday 15 January 2012

Gotong-Royong Keceriaan

Assalamu'alaikum WBT

Pada tanggal 14 Januari 2012 (Sabtu), Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin menganjurkan gotong-royong keceriaan yang melibatkan pelajar Tingkatan 1-6. Program ini dijalankan bertujuan untuk menyelesaikan kerja-kerja mengecat dan menghias kelas yang belum selesai. Sebahagian pelajar bergotong-royong di kelas manakala sebahagian yang lain pula di premis-premis yang ditetapkan. Beberapa orang pengawas SAMTSH telah berganding bahu untuk mengecat Bilik Pengawas yang baru.



Bilik Pengawas yang baru terletak di Tingkat 3. JIka ada sebarang masalah untuk dikongsi atau ingin membuat aduan, berjumpalah dengan kami.

"Bersatu-Padu Asas Kejayaan Barisan Pengawas"

Thursday 12 January 2012

Mesyuarat Agung Kelab Cegah Jenayah

Assalamu'alaikum WBT

Para pelajar menuju ke premis yang ditetapkan

Pada tanggal 11 Januari 2012 (Rabu), Unit Kokurikulum SAMT Sultan Hisamuddin telah menganjurkan Mesyuarat Agung Unit Beruniform, Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan dan Rumah Sukan bagi tahun 2012. Skop post ini lebih tertumpu kepada Kelab Cegah Jenayah kerana para pengawas SAMTSH dari Tingkatan 1-5 diwajibkan menyertai kelab ini. Mesyuarat agung bagi kelab ini diadakan di Dewan Al-Bukhari bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang.

Ahli Jawatankuasa Kelab Cegah Jenayah

Pengerusi : Ahmad Ashraful Hadi bin Abdul Ghafor

Naib Pengerusi : Nursifa Urahmah binti Muhammad Ashraf

Setiausaha : Mohamad Hidhir bin Hamzah

Naib Setiausaha : Nur Aishah binti Ab Rahman

Bendahari : Ahmad Hazwan bin Jamali

AJK Menengah Tinggi :
Lelaki - Ameer Nazrien Firdaus
Perempuan -

AJK Menengah Rendah :
Lelaki -
Perempuan -

"Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama"