Hadith Pilihan (Pemimpin Jangan Pentingkan Diri)



Rasulullah SAW bersabda : "Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu". Para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah yang engkau hendak perintah dalam kalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu?" Baginda SAW menjawab : "Hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada ALLAH segala hak-hak yang kamu perlukan".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)





Sunday 15 January 2012

Gotong-Royong Keceriaan

Assalamu'alaikum WBT

Pada tanggal 14 Januari 2012 (Sabtu), Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin menganjurkan gotong-royong keceriaan yang melibatkan pelajar Tingkatan 1-6. Program ini dijalankan bertujuan untuk menyelesaikan kerja-kerja mengecat dan menghias kelas yang belum selesai. Sebahagian pelajar bergotong-royong di kelas manakala sebahagian yang lain pula di premis-premis yang ditetapkan. Beberapa orang pengawas SAMTSH telah berganding bahu untuk mengecat Bilik Pengawas yang baru.



Bilik Pengawas yang baru terletak di Tingkat 3. JIka ada sebarang masalah untuk dikongsi atau ingin membuat aduan, berjumpalah dengan kami.

"Bersatu-Padu Asas Kejayaan Barisan Pengawas"

Thursday 12 January 2012

Mesyuarat Agung Kelab Cegah Jenayah

Assalamu'alaikum WBT

Para pelajar menuju ke premis yang ditetapkan

Pada tanggal 11 Januari 2012 (Rabu), Unit Kokurikulum SAMT Sultan Hisamuddin telah menganjurkan Mesyuarat Agung Unit Beruniform, Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan dan Rumah Sukan bagi tahun 2012. Skop post ini lebih tertumpu kepada Kelab Cegah Jenayah kerana para pengawas SAMTSH dari Tingkatan 1-5 diwajibkan menyertai kelab ini. Mesyuarat agung bagi kelab ini diadakan di Dewan Al-Bukhari bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang.

Ahli Jawatankuasa Kelab Cegah Jenayah

Pengerusi : Ahmad Ashraful Hadi bin Abdul Ghafor

Naib Pengerusi : Nursifa Urahmah binti Muhammad Ashraf

Setiausaha : Mohamad Hidhir bin Hamzah

Naib Setiausaha : Nur Aishah binti Ab Rahman

Bendahari : Ahmad Hazwan bin Jamali

AJK Menengah Tinggi :
Lelaki - Ameer Nazrien Firdaus
Perempuan -

AJK Menengah Rendah :
Lelaki -
Perempuan -

"Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama"

Saturday 7 January 2012

Kempen Menangani Gejala Ponteng, Rokok dan Dadah

Assalamu'alaikum WBT

 Pengerusi Majlis : Encik Muzakir bin Ali

Pada tanggal 6 Januari 2012 (Jumaat), Jawatankuasa Badan Disiplin Sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kempen Menangani Gejala Ponteng, Rokok dan Dadah.

Tentatif Program
7.20 am : Para pelajar dan guru SAMT Sultan Hisamuddin bergerak ke Surau Al-Khalili
7.40 am : Solat Hajat
7.55 am : Bacaan Yasiin
8.20 am : Ucapan oleh Encik Muzakir
8.25 am : Pelancaran Kempen Menangani Gejala Ponteng, Rokok dan Dadah oleh Pengetua SAMTSH, Puan Khairiah binti Sujud
8.40 am : P&P seperti biasa

Puan Khairiah binti Sujud merasmikan
Kempen Menangani Gejala Ponteng, Rokok dan Dadah

Kempen ini dijalankan bertujuan untuk membanteras gejala ponteng, rokok dan dadah di sekolah. Kempen tersebut melibatkan semua pelajar SAMT Sultan Hisamuddin. Pelbagai program akan dianjurkan di bawah kempen ini sepanjang tahun 2012.

"Jauhi Ponteng, Rokok dan Dadah demi Kesihatan Minda dan Fizikal"