JAN24- SAM Tinggi Sultan Hisamuddin telah menganjurkan aktiviti merentas desa di sekitar Kampung Jawa. Alhamdulillah aktiviti merentas desa tahun ini berjalan dengan lancar. Pemenang keseluruhan aktiviti merentas desa jatuh kepada Ibnu Khaldun. Selain itu, sebelum aktiviti merentas desa dimulakan, terdapat pelancaran program Hidup Sihat Tanpa Dadah, Rokok, HIV, AIDS, dan Arak(benda yang memabukkan). Program ini dianjurkan oleh badan Pembimbing Rakan Sebaya sekolah (PRS)
JAN26- Terdapat beberapa program yang dijalankan pada perimpunan mingguan di dataran sekolah. Antaranya adalah program NILAM. Program ini dirasmikan oleh ayahanda SAM Tinggi Sultan Hisamuddin iaitu Tuan Haji Muhd. Zainol Ariffin bin Mohd. Jaid. Program ini dianjurkan oleh badan Pengawas Pusat Sumber sekolah (PPS). Objektif program ini adalah untuk memupuk sikap suka membaca di dalam setiap diri murid-murid kerana membaca itu adalah jambatan ilmu. Selain itu, program Cintai Rasul juga telah diadakan dan telah dirasmikan oleh Guru Besar Tuan Haji Muhd. Zainol Ariffin bin Mohd Jaid. Misi program ini adalah untuk memupuk sifat-sifat yang mulia Nabi Muhammad S.A.W di dalam diri pelajar-pelajar sekolah. Di samping itu anugerah contoh Maulidur Rasul juga telah diadakan. Anugerah ini diberi kepada Tuan Haji Muhd. Zainol Ariffin bin Mohd. Jaid kerana usaha dan pengorbanan beliau untuk memimpin warga-warga SAMTiSH ke arah kejayaan. Anugerah ini juga diberikan kepada Puan Salmah binti Rokimin. Seterusnya, program Guru Penyayang juga telah dianjurkan. Program ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni serta mengeratkan hubungan ukhuwah antara guru dengan murid-murid.
No comments:
Post a Comment