Assalamu'alaikum WBT
Pada tanggal 20 April 2012 bersamaan hari Jumaat, seramai 12 orang anggota polis telah mengadakan lawatan ke SAMT Sultan Hisamuddin, Kg Jawa. Lawatan ini bertujuan memberikan penerangan kepada para pelajar tentang bahayanya jenayah. Selain itu, para pelajar diberi kata-kata semangat untuk bersama membenci dan memerangi jenayah terutamanya penyalahgunaan dadah yang amat merbahaya.
|
Ucapan oleh Puan Khairiah binti Sujud (Pengetua SAMTSH) |
|
Barisan pelajar-pelajar lelaki |
|
Barisan pelajar-pelajar perempuan |
|
Barisan pelajar-pelajar Tingkatan Enam (berbaju hijau) |
|
Persembahan Musamarah (Choral Speaking versi Bahasa Arab)
|
Selepas perhimpunan tamat, pihak polis dan para pentadbir sekolah serta para pengawas telah bergambar bersama sebagai tanda kenangan.
|
Pegawai-pegawai polis |
|
Pengawas-pengawas perempuan |
|
Pengawas-pengawas lelaki |
Selepas itu, pihak polis telah dibahagikan kepada empat kumpulan untuk melawat kawasan sekolah dan asrama. Mereka telah melawat kawasasan sekolah Blok A (Kumpulan 1), Blok B (Kumpulan 2), kawasan kantin, dewan dan tempat meletak kenderaan (Kumpulan 3), serta kawasan asrama dan blok Tingkatan 6 (Kumpulan 4). Lawatan pihak polis telah diiringi oleh guru-guru disiplin dan para pengawas .
|
Lawatan ke kelas Tingkatan Enam |
|
Sesi penerangan oleh pegawai polis |
"Jenayah menghancurkan bangsa"
No comments:
Post a Comment