Assalamu'alaikum WBT
Pada bulan Mei, tidak banyak aktiviti yang dijalankan kerana para pelajar sedang menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Walau bagaimanapun, pada tanggal 16 Mei 2012 bersamaan hari Rabu, SAMT Sultan Hisamuddin telah menganjurkan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan ini telah diuruskan sepenuhnya oleh Badan Pengawas Sekolah dan Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM). Pihak pengawas dan PERTINAM telah merancang pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari tersebut.
Para pengawas lelaki |
Para pengawas perempuan |
Sambutan ini dimulakan tepat jam 7.40 pagi. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di Surau Al-Khalili untuk bersama-sama menunaikan Solat Hajat dan membaca surah Yaasiin. Kemudian, semua pelajar dibenarkan rehat sehingga jam 9.00 pagi. Seterusnya, semua pelajar bebas bergerak ke premis-premis yang telah ditetapkan untuk melihat aktiviti-aktiviti 'outdoor' dan 'indoor' yang disertai oleh para guru.
Antara aktiviti 'outdoor' yang dijalankan ialah sukaneka, terompah gergasi, mumia comel, basikal lambat, gubahan bunga, kupas kulit buah dan rebut kerusi. Semua guru memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat memberangsangkan.
Acara Mumia Comel |
Pemandangan sukaneka dari tingkat atas |
Acara Terompah Gergasi |
Acara Sukaneka |
Acara Lari Bawa Bola Ping Pong |
Tepat jam 11.30 pagi, semua guru diiringi oleh para pengawas masuk ke dalam Dewan Al-Bukhari. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada Ketua Umum SAMT Sultan Hisamuddin, saudara Zamanhuri bin Shahtir. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil Yang Dipertua PIBG, Encik Misswadi diikuti dengan ucapan oleh Puan Pengetua, Puan Khairiah binti Sujud.
Ucapan perasmian bermula apabila pihak Majlis Tertinggi Pengawas masuk ke dalam dewan dengan membawa dua biji kek. Puan Pengetua telah menggunting reben dan melepaskan banner serta belon serentak. Pada masa yang sama juga, terdapat bunyi letupan sebagai simbolik bagi perasmian tersebut. Selepas perasmian disempurnakan, semua guru dijemput naik ke atas pentas untuk menyanyikan lagu tema hari guru dan membaca ikrar.
Majlis Tertinggi Pengawas |
Puan Pengetua merasmikan Sambutan Hari Guru |
Kemesraan para guru |
Nyanyian lagu 'Kami guru Malaysia' |
Bersempena dengan Sambutan Hari Guru ini juga, terdapat empat orang guru telah dipilih untuk menerima anugerah khas hasil undian para pelajar.
Anugerah 'Guru Dedikasi' - Puan Norazah binti Mohd Yassin
Anugerah 'Guru Inovatif' - Puan Noor Asyikin binti Ansor
Anugerah 'Guru Penyayang' - Puan Shamsiah
dan anugerah 'Guru Perihatin' - Puan Ummu Hani.binti Sallehuddin
Sambutan ini diserikan lagi dengan persembahan khas daripada para pelajar Tingkatan Lima lelaki dan perempuan. Kemudian, semua ketua kelas diberi peluang mewakili pelajar kelas masing-masing untuk memberikan hadiah kepada guru pilihan mereka. 'Slide Show' daripada para pengawas juga telah ditayangkan.
Persembahan dikir barat |
Persembahan pelajar Tingkatan 5 |
Persembahan Silat |
Video yang direka khas oleh Amirul Syafiq dan Muhammad Fawwaz,
mewakili Badan Pengawas Sekolah
Secara keseluruhannya, sambutan Hari guru ini berjalan dengan lancar. Pihak kami berasa amat bersyukur kerana dengan izin ALLAH, sambutan ini berjalan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kesulitan sebelum menjalankan sambutan ini. Kami berharap agar sambutan pada tahun hadapan akan lebih meriah.
"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"