Hadith Pilihan (Pemimpin Jangan Pentingkan Diri)



Rasulullah SAW bersabda : "Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu". Para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah yang engkau hendak perintah dalam kalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu?" Baginda SAW menjawab : "Hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada ALLAH segala hak-hak yang kamu perlukan".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)





Thursday 12 May 2016


PROGRAM AMALI SEMBELIHAN

Pada 19 April 2016, SAMT Sultan Hisamuddin telah mengadakan Program Amali Sembelihan yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5. Program ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar mempraktikkan apa yang mereka telah pelajari di dalam kelas.